Saturday, October 23, 2010

KHAS BUAT MU....ATOK..AL-FATIHAH


Kau mungkin bukan manusia terhebat di dunia…kau juga mungkin bukan yg berharta.dan kau juga mungkin bukan siapa-siapa…tapi kau adalah hamba-Nya…Dialah yg lebih mengenali…Dialah yg menghakimi dan Dialah yg mengasihani…Sesunnguhnya kau kini telah kembali ke pangkuannya…Bagi AKU dan juga ibubapaku yg merupakan cucumu dan anakmu…Kau adalah insanyg terbaik di dunia…Kau bukan sekadar seorang bapa dan datuk,malah kau jugak adalah teman karib yg selalu ada disaat kami memerlukan…Dan sesunguhnya kami amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai pewarismu… Masih ku ingat ketika kau menjaga aku ketika kecil,apabila ibudan ayahku keluar meredah kesejukan pagi untuk mencari rezeki,kau bawa aku menemani mu .ATOK...segar lagi dalam ingatanku, apabila kau turut menghantar aku masuk ke asrama. tidak tertahan rasa sebak di hati ini, namun aku tahan, kerana kau kata aku budak lelaki.aku kene kuat. TOK.... ketika aku menjejakan kaki di umk.. kau juga turut menghantar ku. menghantar dengan penuh harapan dan linangan air mata. kini.... kau sudah tiada sedangkan aku belum sempat untuk membalas apa yang telah kau korbankan untuk aku. mungkin kekadang aku teralalu leka dalam menguruskan pelajaran serta kehidupan harianku hingga jarang untuk menjenguk mu.
ak kesal kerana tiada disisimu ketika di saat2 akhir hayatmu. ampunkanlah dosaku yang telah kulakukan terhadapmu. Semoga engkau tenang di sana dan iringilah hidup kami dgn restumu…Insyaallah kita pasti akan bertemu semula…Doa dan igatan kami mengiringi kepergian mu buat selamanya…Ya-Allah ya tuhan kami, kau rahmatilah dirinya…Kau peliharalah dia dari kemurkaanmu…Kau pandanglah padanya dgn pandangan kasihmu…Kau terimalalah dia kembali sebagai hambamu…Sesungguhnya dia telah menjalankan amanahnya terhadap kami…Dia telah mendidik kami…Dia telah membesarkan kami…Dia telah mengasihani kami dan dia telah mengenalkan kami padamu…Kami mohon padamu Ya-Allah,kau ampunkanlah dosa-dosanya…Kau terimalah dia dgn limpah rahmatmu Ya-Allah…Dan kau temukanlah kami kembali dgnnya Ya-Allah…Amin…Amin…Ya-Rabbal Alamin…
Tidurlah TOK…Tidurlah dgn tenang……………….


No comments:

Post a Comment