Saturday, May 7, 2011

PELAWAK SEJATI

..Skrg dh jd fenomena org tgok rancangan MAHARAJA LAWAK yg kt astro 2..bia ade program best cmne pon sggup kensel sbb nk tgok program ni...aku mle2 dh follow tgok rancangan nih...gua FAN@kipas susah mati beb..hahahaha..ye la,,bkn sng nk tgok otai lawak kumpul brsaing walau pserta ni x seOTAI mne tp bg aku ni mrupakan pelapis2 yg brkualiti utk industri lwk di MALAYSIA..show ni dh jd fenomena smpai smua nk tgok...nk tau peberet aku dlm show ni..hmmm...mstila JAMBU..hahaha..lwk mcm gampang!!!!bg aku die org ni mmg lyk champion sbb lwk die org slalu EXTRAVAGANZA...wlupun org kte JOZAN yg akn mng..bg aku JOZAN slalu dpt undi sbb die org dh lme ....JAMBU plk xde pakej mke..besela org MALAYSIA ni mmg PAKAR jd judge..bek aku straight 2 da point..aku 2lis entry ni bkn nk cter psl JAMBU@JOZAN...tp aku nk cter psl AMIR...aku xtau pe istimewa die ni...akju mmg bengang tgok die...tp lme2 aku tgok show ni bru aku tau die ni mmg PELAWAK SEJATI....
ramai yang mengatakan amir rajalawak buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton rancangan maharaja lawak.. bila AC mizal menjemput amir rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton.. pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..


aku tetap dengan pendirian aku untuk menonton persembahan amir.. dari mula persembahannya sehinggalah dia habis membuat persembahan, wajah aku 'flat'.. langsung tidak muncul senyuman atau tawa riang.. dalam hati aku berkata "wtf! apa benda dia buat ni?".. memang tak lawak langsung.. rasa macam nak buh penendang.. tapi kini pendapat aku berubah selepas aku mendapati amir ini sebenarnya adalah seorang yang genius!
amir mampu membuat lawak berperingkat.. orang ketiga yang menonton orang yang sedang menonton amir membuat lawak, pasti akan merasa lawak kerana melihat orang itu tidak berasa lawak

anda tidak akan rasa nak tergelak terhadap lawak amir pada kadar serta merta, tetapi kesan atau effect dari lawak amir itu mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun sebulan..

dua hari selepas aku menonton rancangan maharaja lawak, ada kawan aku yang terlepas untuk menonton rancangan itu, bertanyakan kepada aku kerana dia mahu menonton di youtube "weh, sapa lagi yang best dalam maharaja lawak minggu lepas?".. sebagai seorang yang berperangai sarkastik, aku menjawab "amir best weh.. minggu ni dia perform gilababi.. memang lawak".. lalu kawan aku terus membuat carian di youtube dan menonton video amir ketika persebahan 2 hari lepas..aku perhatikan kawan aku dari jauh.. aku ketawa kesorangan.. aku senyum lebar.. bila kawan aku dah tengok video tu sampai habis, dia berkata "apa lancau lawak dia ni? tak lawak pun!!" terus aku gelak besar sebab tengok muka kawan aku flat dari mula sampai habis.. jadi terbukti amir rajalawak adalah seorang yang genius.. beliau bukan saja layak mendapat title 'maharaja' bahkan 'kepala bapak maharaja lawak'..PARKING LU AMIR!!!!

2 comments: