Haha..kali ni aku nk cte psl nafsu..krg jgn pkir plik2...bce dlu.....
Sebelum meneruskan pada topik utama bialah aku buat sedikit mukadimah tentang makna nafsu dan akal...Nafsu adalah satu ramuan yang rendah ketagihan terhadap pelbagai perkara. Bernafsu adalah berbahaya kepada badan, minda, semangat dan ia boleh menjadikan cinta itu salah. Bernafsu mempunyai kesan sebaliknya dalam cinta.nafsu tidak hanya cenderung kepada sexs semata malahan kepada setiap perkara laro (melalai atau mengasyikkan)..akal pula adalah anugerah dari allah yang juga membezakan antara kita dan binatang. akal adalah element yang sangat penting dalam pentabiran, organisasi, percintaan, pengurusan, pelajaran dan sebagainya.berbalik kepada tajuk utama. Kita biasa dengar ungkapan, lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Dan bila tengok je gambar di atas, memang dah menggambarkan segalanya. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi.Lelaki dan perempuan berbeza.Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan?Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka.9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri.Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga.
No comments:
Post a Comment