Thursday, November 1, 2012
SAD STORY 3
Wahai hati yang sedang merindui, apabila kita
mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk
dilukai. Apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telah
pun membenarkan diri untuk dibenci. Apabila kita terlalu merindui
seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa
tapi itulah hakikat hidup. Pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak
berbalas. Ada masanya
kita kita tidak perlu lagi menoleh kebelakang andainya sejarah silam
hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun
terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman
hidup yang pernah kita lalui. Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang
yang lalu di depan mata. Ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu
yang tak mungkin kita miliki. Kerana selalunya hakikat hidup tidak akan
sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka.Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita
harapkan. Adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa
yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah
kemahuan yang cuba kita gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk
dijadikan realiti. Kasih dan sayang bukan hanya sekadar
ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita
nilai untuk terus hidup, memberi kita kekuatan dan makna sesebuah
perhubungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment