Sunday, January 13, 2013

BOSAN VS SUNYI 2.0

Dalam mahu mengungkapkan sebuah rindu..
kugagahi malam buta ini..
mengumpul serpihan kata-kata yang tersembunyi..
antara timbunan daun2 kering..
di sempadan 2 negara ini..
bersama angin dingin dalam lena mimpi..

ku paksakan diri malam ini..
mencari kata2 yg tiba2 hilang..
bersama embun jantan dan titik-titik hujan..
mengalir lesu ke muara..
untuk kusempurnakan sebuah puisi..
bila tiba2 terlalu sukar untuk berbicara...
tentang perasaan dan airmata...
sebelum berakhirnya perjalanan musafir..
menagih cinta

1 comment: