Tuesday, August 10, 2010

MAHASISWA BERPOLITIK

haha..entry ni mmg best....aku copy dr satu paper....bce2 la dan pkir la

Kerajaan sedia kaji kebenaran mahasiswa berpolitik

09/08/2010 4:32pm

GEORGE TOWN 9 Ogos - Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).

Beliau berkata, perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

No comments:

Post a Comment