Tuesday, August 10, 2010

SAYA BANGKANG

Ini tidak patut....sy bkn org politik atau pembangkang tapi hak berpolitik wajar diberi kepada pelajar yg blh dianggap sbg matang

Larang mahasiswa berpolitik kekal

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Larangan mahasiswa melibatkan diri dalam kancah politik kepartian adalah kekal, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, larangan itu tidak bermakna mahasiswa dilarang terus daripada membicarakan hal ehwal politik semasa yang berlaku di negara ini.

Sebagai rakyat Malaysia, beliau berkata, golongan mahasiswa berhak mengetahui situasi serta kedudukan terkini politik Malaysia.

“Setakat ini larangan tersebut kekal kerana mereka masih terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Namun begitu akta itu telah dipinda yang mana para mahasiswa kita telah diberi lebih kebebasan untuk bersuara.

“Malah di kampus pun ada disediakan sudut berpidato untuk mereka membicarakan apa-apa jua isu,” katanya selepas melancarkan buku Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia di Perbadanan Kraftangan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment