Friday, August 13, 2010

NUKILAN NADIAH AL-AFIFAH

* entry ni aku post tuk penghargaan kpd kwn aku dr seberang...die yg tulis smua ni...aku post sbb ade kejujuran kt dlm entry ni...so,,mari membaca dan memahami.....sorry nadz,,nk jgk post kt blog ni...ampun ya kamuk2....

Bismillahirrahmanirrahim..

Nikmat terbesar ialah ISLAM.

Setiap kali sebelum tidur atau selepas Subh atau tika di waktu lapang hatta tika di dalam kesibukan fizikal dan minda, I always make time to indulge myself in contemplation. Muhasabah diri. kerana muhasabah diri membuat kita lebih menghargai diri sendiri pada hari ini.

"Apalah akan jadi arahku hari ani kalau aku inda kenal islam?

Apalah akan jadi arahku hari ani kalau Allah inda bagi hidayah arahku?"

Adakah aku akan bertudung cemani?

Adakah aku banar-banar akan taat parentsku? Aku inda terbayang yg dulu aku tega melawan.tega menyakiti....

Adakah aku sanggup bersabar melayan kerenah manusia yg bermacam2? Adakah aku akan bersabar dan terus menyayangi mereka?

Apalah akan jadi arahku kalau aku inda tau kan melawan nafsu?Mungkinkah aku akan berpeleseran sama laki2? Mungkinkah aku lawan cakap indung just untuk kan keluar sama durang? Mungkinkah aku akan spend banyak masa dan perasaan utk bf ku dariapada keluargaku, mungkinkah aku akan terus lupakan Allah? *goosebumps*

Apalahhh akan jadi arahku kalau aku inda tau menghargai masa?Mungkinkah aku habiskan masa main games dan bila berjumpa Allah, Allah murka? haishhh..

Apalah akan jadi arahku kalau aku terus pentingkan diri. Kalau aku marah bila orang marah. Adakah aku akan jadi hamba yg Allah benci?

YaAllah, aku jadi takut bila aku pikirkan semua ani.. sakit kepala jadinya.APALAH AKAN JADI ARAHKU?

After I knew Islam 2 years ago.. it was a process learning islam and is ongoing process,

I see two clear paths.

JAHILIYAH atau ISLAM?

Subhanallah. Hingga saat ani aku masih terkejut bila dipikir balikbalik aku boleh bangun malam, membuat perkara baik dgn menasihati orang lain sendirinya diri sendiri terasa, banar2 praktik sabar plus redha (awesome eh islam ani!), belajar utk terus menyayangi orang, jangan mengumpat, membenci kemungkaran, bersabar dan bersabar, menangis kerana Allah, menyayangi mencintai Rasulullah sampai ketani ani belajar utk cuba dan cuba exactly mencontohi Rasulullah, Subhanallah..

Benci sungguh dengan perbuatan berpelesaran dengan lelaki tanpa disedari menyakiti lelaki, melalaikan lelaki, menghumban durang keneraka. Benci sungguh dengan perbuatan menjahati orang lain di belakang2. Benci sungguh dengan perasaan jahat di hati.. Benci sungguh dengan menjahati indung..Benci sungguh dengan perbuatan siasia. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah

Mudahmudahan aku akan sentiasa mensyukuri nikmat terBESAR yg Allah sudah berikan..

Nikmat terbesarku ALLAH.

bahagianya aku. istimewanya aku.

-------------

Perbanyakkanlah bersyukur di bulan Ramdhan ani, asuh and didik diri membuat perkara-perkara yang disenangi Allah supaya selepas bulan Ramdhan boleh di jadikan habit. InshaAllah. Have a beautiful day everyone!! Selamat menyambut Ramadhan yang mulia! :'))

No comments:

Post a Comment