Saturday, March 12, 2011

Penemuan Sejarah: Rangka manusia berusia 16,000 tahun

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

KUALA TERENGGANU 10 Mac - Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir pada November lalu berusia 16,000 tahun dan sekali gus merupakan rangka tertua pernah ditemui di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengesahkan perkara itu berkata, bagi tujuan itu, kerja-kerja penggalian serpihan lain rangka berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat ini.

"Kita akui, artifak (rangka manusia) yang ditemui di Gua Bewah itu sudah berusia 16,000 tahun, manakala rangka manusia yang ditemui di Perak berusia 13,000 tahun. Ini bermakna, rangka yang ditemui di Gua Bewah ini adalah yang tertua di negara kita.

"Kita akan mula kerja penggalian dalam seminggu dua ini untuk cari tengkorak dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan penemuan rangka manusia di Gua Bewah, Tasik Kenyir pada November tahun lalu yang disemadikan dalam keadaan merengkok umpama bayi di dalam kandungan itu.

Ia dipercayai berusia antara 8,000 hingga 11,000 tahun yang ditemui.
Penemuan rangka manusia zaman prasejarah itu membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di kawasan tersebut.

Semasa ditemui, rangka manusia itu dalam keadaan posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengkebumikan mayat.

Pakar Arkeologi dari Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Prof. Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya rangka tersebut milik manusia berdasarkan ciri-ciri lengkap tulang yang ditemui menyamai rangka manusia.

Bagaimanapun, katanya, jantina dan umur rangka manusia itu masih belum dikenal pasti dan ia ditemui pada kedalaman 75 sentimeter selain menjadi penemuan terbesar selepas rangka pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut pada tahun 1975.

Penemuan Sejarah - Monumen Sungai Batu, Kedah


Kerja-kerja penggalian sedang rancak dilaksanakan


Monumen Sungai Batu yang baru ditemui dianggarkan bertarikh 110 Masehi


Penemuan demi penemuan. Yang terkini adalah penemuan sebuah monumen di Sungai Batu, Kedah yang bertarikh dianggarkan 110 masehi. Satu penemuan yang menakjubkan. Dan ia dipercayai telah wujud lebih awal dari empayar Srivijaya (700 masehi) dan empayar Majapahit (1,200 masehi).

Pantai Barat Semenanjung Malaysia memang sudah lama dibincangkan oleh ahli sejarah sebagai sebuah pusat maritim antarabangsa. Dan penemuan ini telah menguatkan lagi bukti bahawa Lembah Bujang adalah sebuah pusat perindustrian dan perdagangan yang penting berkurun-kurun lama dahulu.

Yang pastinya, penemuan hebat ini bakal mengubah penulisan sejarah Malaysia dan Nusantara Asia Tenggara.

Akan ada nanti perbandingan antara tamadun Lembah Bujang yang wujud sejak 110 masehi dengan 2 tapak 'Warisan Dunia' di Melaka yang hanya wujud pada abad ke 13 dan Georgetown, Pulau Pinang pada abad ke 19!.



KUALA LUMPUR (July 5, 2010): The Bujang Valley in Kedah, where the oldest recorded man-made buildings in South-East Asia have been discovered, continues to be a source of amazement to historians and achaelogists.

Some of the world's top historians converged at the archaeological site over the weekend to survey excavation works for the 2,000-year old civilisation which has been hailed in the last few decades as "the most important civilisational find in the region."

The civilisation there is now known to have existed long before neighbouring empires like Sri Vijaya (700AD) and Majapahit (1200AD).

theSun had reported on March 28 that Malaysian archaeologists had unearthed a 1,900-year-old monument, scientifically dated to 110 AD, built with detailed geometrical precision in Sungai Batu, Kedah.

The monument, which faces the Gunung Jerai mountain, the highest peak in northern Malaysia, is believed to be have been used for ritualistic purposes.

The monument was found surrounded by remnants of advanced iron smelting facilities equipped with furnaces as well as brick jetties built along a river bank.

Dr Stephen Oppenheimer of Oxford University’s school of anthropology described it as “the earliest monumental site” that showed an important role as an industrial and trading centre.

“This is one of the most important finds in South-east Asia for the last couple of decades,” he said.

India’s Gujarat State Archaeology Department director Yadubirsingh Rawat said there was now indisputable evidence that international trading activities had taken place here in that period.

“The settlers here had full knowledge of iron smelting and jetty construction. This means they must have been connected to other places in the world,” he said.

“The discovery shows that the Bujang valley contributed significantly to maritime trade in the region,” he added.

Also found with the monument were various pottery and a Buddhist tablet with Pallava-Sanskrit inscriptions likely to have been made in the 5th century AD.

The discovery, by the Centre for Global Archaeological Research (CGAR) of Universiti Sains Malaysia (USM), was made within a three sq km area where a total of 97 mounds have been found. Thus far only 10 have been excavated.

Dr R. Nagaswamy, former director of the Tamil Nadu Archaeology Department said the western coast of peninsular Malaysia was likely a central point in the sea route of international trade in that period.

“From this we not only gain a deeper understanding of the country, but also of world history,” he said.

He also noted that Kedah had attracted rulers from South India, such as the Chola kings, to send their armies there in the 11th century.

The experts are in Malaysia for a conference on the Bujang Valley.

CGAR had announced last week that it had recently uncovered a new site in Jeriang, Kedah, comprising seven ancient furnaces once used for smelting of iron.

New estimates now show that the Bujang Valley settlement covered an area of about 1,000 sq km, mostly around Gunung Jerai, and not just 400 sqkm as previously believed.

Kilang besi ditemui di Lembah Bujang

Sudah semakin hampir, semoga sejarah Empayar Islam di Nusantara dibongkar melalui arkeologi. Semoga Allah membuka pintu kebenaran sejarah realiti.

Dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0305&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm&arc=hive

Oleh OPAT RATTANACHOT uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 4 Mac - Sekumpulan arkeologis dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) menjumpai dua artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi sekitar abad ke-3 Masihi dalam projek ekskavasi (penggalian) di Sungai Batu, Lembah Bujang, dekat sini, baru-baru ini.

Penemuan artifak di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan jalan lencongan Merbok tersebut membuktikan adanya kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah yang menjalankan kegiatan melebur bijih besi secara komersial.

Ekskavasi yang turut disertai seramai 70 anggota termasuk penuntut USM itu mengukuhkan tamadun manusia prasejarah bersandarkan pengetahuan asas perdagangan dan penghasilan bahan industri berskala besar.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, projek cari gali yang dimulakan pada 1 Februari lalu itu diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin membuahkan hasil apabila menemui artifak berkenaan.

Katanya, projek ekskavasi tersebut merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang yang dibiayai Jabatan Warisan Negara dengan kos sebanyak RM2.3 juta.

''Penemuan di kawasan Sungai Batu seluas tiga kilometer persegi ini berbeza dengan artifak terdahulu.

''Sebelum ini pakar-pakar arkeologi hanya temui bangunan berciri-ciri candi purba.

''Namun, daripada kajian terbaru ia telah mendedahkan kepada kita bahawa terdapat kawasan tapak dengan batu-bata dipercayai kediaman atau pejabat serta satu lagi berfungsi sebagai kilang tempat peleburan besi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak penemuan artifak tersebut di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, penemuan kedua-dua tapak berkenaan dianggap penting kerana mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar peradaban Lembah Bujang.

"Pakar-pakar sebelum ini meletakkan pelbagai andaian berhubung penemuan candi-candi sekitar Lembah Bujang. Ada yang menyatakan ia berusia sekitar tahun ke-5 hingga 8 Masihi.

''Pun begitu, kita yakin penemuan terbaru ini akan membawa makna lebih besar kepada sejarah peradaban negara dan juga kawasan penempatan yang disifatkan tertua di Asia Tenggara," jelasnya.

Sementara itu, Mokhtar menjelaskan, pihaknya telah menghantar satu sampel arang yang ditemui di tapak terbabit untuk menjalani ujian radiokarbon dating di Beta Analytic Inc, Florida, Amerika Syarikat.

''Hasil ujian tersebut mengesahkan sampel berkenaan berusia sekitar abad ke 3- 4 Masihi.

''Ini bermakna ia merupakan penemuan pertama industri besi di dalam tamadun Lembah Bujang dan mempunyai tarikh mutlak,'' katanya.

Tambah beliau, selain penemuan tapak, pihaknya turut menjumpai beberapa bahan tinggalan sejarah seperti peralatan memproses besi, relau dan peniup haba.

''Kita akan menjalankan kajian lebih terperinci bagi menentukan perkaitan kawasan penempatan dan kilang besi ini dengan kawasan candi lain di Lembah Bujang,'' jelasnya.

Mokhtar berkata, kajian tersebut mengambil masa sehingga penghujung tahun ini dan selepas itu kawasan berkenaan akan diwartakan sebagai Taman Warisan Lembah Bujang oleh Kerajaan Malaysia.

''Kawasan Lembah Bujang merangkumi keluasan kira-kira 300 kilometer persegi bermula dari Gunung Jerai hingga ke Sungai Muda di Seberang Perai,'' jelasnya.

Kawasan peradaban Lembah Bujang mula dikenal pasti berdasarkan penemuan lebih 20 candi oleh Kapten James Low pada tahun 1840.

Hasil penyelidikan dan ekskavasi yang dijalankan sebelum ini juga mendapati kawasan tersebut merupakan sebuah pelabuhan utama di Asia Tenggara kurun ke-5 hingga 13 Masihi.

Peninggalan sejarah bongkar cerita menarik

Semoga Allah membuka pintu kebenaran sejarah realiti Empayar Islam di Nusantara ini.

Artikel lama ini dipetik dari Arkib : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive

Lembah Bujang di Merbok, salah satu tempat yang sewajarnya dilawati seandainya pelawat datang ke Negeri Kedah. Bukan sahaja kerana keindahan alam, tetapi lembah diwarnai dengan pelbagai peninggalan sejarah yang unik dan menarik terutamanya kepada para pencinta sejarah.

Di segi geografinya, Lembah Bujang memilik tiga faktor alam semula jadi iaitu laut, sungai dan gunung, antara kaki Gunung Jerai dan Sungai Merbok.

Lebih istimewanya, Lembah Bujang yang terletak kira-kira 25 kilometer daripada Sungai Petani ini banyak peninggalan sejarah yang mempunyai rahsia di sebaliknya sama ada yang sudah dibongkar dan masih tersembunyi di bawah tanah.

Meski namanya tidak gah seperti Melaka di mata masyarakat, tetapi di sinilah terbinanya sebuah pelabuhan antarabangsa silam yang sibuk dengan urusan perdagangan sejak abad ke 4 Masihi sebelum dicabar keagungannya dengan kebangkitan tamadun Melayu Melaka pada abad ke 15 Masihi.

Mengikut sejarahnya, Kerajaan Kedah Tua yang berpusat di Lembah Bujang di sekitar Sungai Merbok merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting sehingga kurun ke 18. Kawasan ini telah menjadi pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang India, Arab dan China kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China malah turut didatangi pedagang Timur Tengah.

Gunung Jerai, telah dijadikan mercutanda kepada semua pedagang yang singgah berdagang di Lembah Bujang dan kedatangan mereka itu secara tidak langsung telah meninggalkan kesan sejarah yang amat berharga di Kedah.

Berdasarkan kajian, kesan-kesan peninggalan arkeologi di Lembah Bujang telah pertama kali diselidik oleh Kolonel James Low dalam tahun 1864, tetapi malangnya sejauh mana penyelidikan dijalankan sukar dipastikan kerana tidak terdapat butiran lengkap mengenainya.

Namun, catatan yang dibuat sekurang-kurangnya telah menunjukkan beberapa tapak kuil ditemui. Contohnya, pada awal kurun ke 20, dua orang ahli ukur yang bertugas di puncak Gunung Jerai telah menjumpai tapak kuil Hindu di kawasan itu (?).

Seterusnya kajian di Lembah Bujang disambung pula oleh arkeologis barat, Evans antara tahun-tahun 1920 an dan 1930 an yang mana beliau telah menemui patung Durga Devi bersama Mahishahura ketika melawat Sungai Batu pada tahun 1921.

Dalam lawatan keduanya ke Sungai Batu iaitu pada tahun 1923, beliau telah menjumpai pula Patung Ganesha dan kemudian terdapat banyak lagi bahan arkeologi ditemui di tahun-tahun selepasnya.

Penemuan kesan sejarah itu sebenarnya telah membuka lembaran baru di dalam pengkajian sejarah awal negeri Kedah. Kedua-dua pengkaji, James Low dan Evan berpendapat artifak dan monumen yang ditemui itu mempunyai unsur India.

Kajian kemudiannya diteruskan oleh H.G Quaritch Wales dan isteri pada tahun 1947 hingga 1938 yang telah membuat penyelidikan secara menyeluruh di Lembah Bujang dan hasilnya sebanyak 30 tapak candi ditemui yang mana 29 daripadanya terletak di sekitar Lembah Bujang dan selebihnya di Seberang Prai.

Walau bagaimanapun, kajian di Lembah Bujang telah terhenti seketika dan bagi memastikan peninggalan sejarah tidak tenggelam begitu sahaja, Jabatan Muzium dan Antikuiti giat meneruskan penyelidikan dan cari gali mulai 1970 an sehinggalah ke hari ini dan hasil kajian dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang iaitu satu-satunya muzium arkeologi di Malaysia.

Artifak yang dipamerkan di muzium ini merupakan hasil kegiatan cari gali dan kajian yang dilakukan mulai tahun 1845 hingga kini. Secara purata terdapat sekitar 100 artifak dipamerkan dan kira-kira 2,500 artifak lagi masih dalam tahap penyelidikan. Antara artifak yang dipamerkan adalah tembikar tanah, porselin, serpihan kaca, manik dan seramik Parsi.

Dan, kira-kira lima kilometer dari muzium inilah ditemui sebuah struktur bangunan dipercayai masjid berusia 1,100 tahun yang tertanam di Kampung Pengkalan Bujang, Merbok bersama barangan lain seperti tembikar, seramik dan kaca yang dipercayai dibawa oleh pedagang China dan Asia Barat pada kurun ke 9 hingga 13.

Sekiranya tepat jangkaan itu maka catatan sejarah terutama kedatangan Islam ke negara ini mungkin berlaku perubahan atau anjakan apabila terbukti Islam lebih dahulu berkembang di Kedah berbanding Melaka.

Penemuan Hebat: Bahtera Nabi Nuh AS Ditemui?

SubhanAllah! Penemuan ini telah lama dibincangkan, namun kali ini ia telah mendapat pendedahan meluas dengan kajian yang bersungguh-sungguh dari kerajaan Turki.

Dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm


LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.

Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.

Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.

"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.

"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.

"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.

Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.

Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayu kokka.

Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.

Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.

"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.

Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.

Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet. - Agensi

Penemuan bersejarah Islam mula bertapak di Kedah bukan Melaka

REKA bentuk dalaman masjid lama Pengkalan Kakap mempunyai tiang seri mimbar serta mihrab, sama dengan struktur bangunan yang dijumpai tertimbus.

PENEMUAN struktur bangunan dipercayai masjid di Pengkalan Bujang, Merbok baru-baru ini menguatkan lagi dakwaan sebilangan ahli sejarah bahawa Islam telah bertapak di Negeri Kedah lebih awal dari Melaka.

Lebih-lebih lagi struktur bangunan yang berusia lebih 1,100 tahun dan tertanam sedalam 140 sentimeter itu jika diamati dengan lebih dekat menyamai reka bentuk sebuah masjid tertua di Kedah yang terdapat di Kampung Pangkalan Kakap, tidak jauh dengan tempat penemuan terbaru itu.

Jika dikaji sejarah awal, Lembah Bujang sememangnya sudah termasyhur sebagai sebuah pelabuhan besar dan pusat dagangan yang didatangi oleh pelbagai bangsa, budaya dan agama dari seluruh pelusuk dunia untuk tujuan berniaga.

Pedagang-pedagang yang belayar melalui Lautan Hindi dan Selat Melaka berpandukan puncak Gunung Jerai sebagai mercu tanda sebelum berlabuh di muara Sungai Merbok di utara Semenanjung Tanah Melayu yang juga dikenali Semenanjung Emas.

Namun begitu, struktur bangunan baru yang sedang dalam kajian pihak muzium itu tetap menimbulkan pelbagai andaian lain lebih-lebih lagi sebahagian besar struktur yang ditemui di Lembah Bujang adalah tapak candi bersama dengan artifak-artifak seperti seramik, manik, celedon yang kesemuanya menjurus kepada agama Hindu dan Buddha.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, penemuan terbaru itu dipercayai sebuah masjid memandangkan tiada penemuan artifak lain yang cenderung kepada agama lain sama ada di dalam atau di sekitarnya.

Struktur menyerupai masjid itu ditemui dibina antara tapak kuil Hindu dan Buddha yang dijumpai di kawasan itu sebelum ini. Bagaimanapun terbongkarnya bahan sejarah baru itu secara tidak langsung sudah mampu membuktikan bahawa Islam sememangnya lebih dahulu bertapak dan berkembang di Kedah.

Tulis

Kata Wan Shamsudin, dalam sebuah buku lama yang ditulis oleh seorang pengarang Istana Kedah, Muhammad Hassan Datuk Kerani Muhammad Arshad pada 1928 yang bertajuk Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah telah menyatakan bahawa Islam secara rasminya diterima di Kedah pada tahun 1136 Masehi atau 531 Hijrah iaitu 300 tahun lebih awal berbanding Melaka.

Dalam buku itu juga tertulis bahawa nama raja terakhir beragama Hindu yang memeluk Islam adalah Maharaja Derbaraja II dengan nama Islamnya Sultan Mudzaffar Shah yang dikatakan telah diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Yaman bernama Syeikh Abdullah.

Meneliti butiran buku tersebut, dinyatakan juga bahawa Islam bermula di Kota Bukit Meriam di Kuala Muda dan kemudiannya berpindah-pindah sehinggalah ke Alor Star iaitu dengan Sultan yang ke-28 di bawah lapan pusat pemerintahan.

Wan Shamsudin menegaskan lagi, terdapat bukti-bukti terawal yang menunjukkan Islam telah bertapak di Kedah sebelum secara rasminya tetapi tidak berkembang secara menyeluruh iaitu penemuan kepingan batu bersurat di Bukit Tupah, Merbok bertarikh 828 Masihi bersamaan 214 Hijrah dan di batu itu tercatat nama Ibni Sirdhan.

Kata Shamsudin, Ibni Sidhan ini mungkin seorang pendakwah dari Timur Tengah yang telah mula memperkenalkan dan memperkembangkan Islam di Kedah.

Bukti lain yang ditemui adalah sebatang nisan di sebuah perkuburan lama di Kampung Tanjung Inggeris berhampiran Pekan Langgar yang bertarikh 3 Rabiulawal 291 Hijrah/904 Masehi yang tersembunyi dalam sebuah busut besar dan nama yang terukir di batu nisan itu adalah Syeikh Abdul Kadir.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh beberapa orang profesor juga menunjukkan bahawa Syeikh Abdul Kadir merupakan seorang pendakwah Islam dari Timur Tengah yang mengembangkan Islam di daerah itu.

Pada waktu yang sama iaitu pada abad ke-9 dan 10, dari catatan para pedagang dan pendakwah atau ahli pelayaran dari Timur Tengah menunjukkan bahawa mereka sudah ramai datang berniaga di Kedah. Di samping berniaga, mereka turut menggunakan kesempatan memperkenalkan Islam.

Pemberontakan

Selain itu, ketika itu juga telah berlaku pemberontakan di Canton (Ghuangzhou) dan seramai 200,000 orang pedagang dari Timur Tengah terpaksa meninggalkan pelabuhan Canton kerana takut dan mereka menuju ke pelabuhan lain seperti Kedah (Lembah Bujang) dan Palembang.

Kesimpulan daripada maklumat dan bukti yang diperolehi itu menunjukkan Islam telahpun bertapak pada abad yang ke-9 dan 10 secara tidak rasmi. Manakala secara rasminya Islam bertapak pada 1136 Masehi apabila Sultan mula memeluk agama Islam di Bukit Meriam.

``Jadi pendapat-pendapat atau kajian awal tidak begitu tepat dan tidak boleh diguna pakai lagi apabila menyatakan Islam mula bertapak di Melaka pada 1424 Masehi iaitu sewaktu Parameswara memeluk Islam sedangkan Kedah sudah 300 tahun lebih awal menerima kedatangan Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Bukti kedua pula ditemui seakan-akan mihrab yang menghala ke arah kiblat di dalam bangunan berkenaan semasa kerja ekskavasi dijalankan dan tidak pula terdapat sebarang artifak yang berkaitan dengan agama Hindu dan Buddha.

``Ini menunjukkan kesucian tempat itu dijaga``, kata Wan Shamsuddin dan menjelaskan ia mungkin dibangunkan oleh pedagang yang datang ke Timur Tengah dengan izin penduduk di kawasan itu pada abad ke 10. Kalau kajian dibuat dengan lebih terperinci dan diakui oleh ahli-ahli arkeologi, kita mungkin akan boleh menukar catatan sejarah sekiranya terbukti Islam mula datang ke Kedah.

Satu lagi yang hendak ditekankan, janganlah mendakwa orang yang mendirikan rumah-rumah ibadat itu adalah orang-orang Hindu atau India tetapi oleh orang-orang Melayu tempatan yang beragama Hindu atau Buddha kerana struktur binaan itu adalah senibina Melayu orang tempatan.

TIME TO REMEMBER THE PAST..

Entry kali ni aku nk fokus lbh kpd sejarah dan arkeologi...bnde ni mmg nmpk aneh bg sesetengah pihak terutamanya arkeologi kerana benda nio bru lg kt MALAYSIA.tp ble kte tau fungsi sbnr arkeologi kte akn syg dan cintya bnde ni..krenye arkeologi ni mcm CSI la...merungakap bnde yg serabut dan mnjadikannya jernih dan berFAKTA...CHECK MY NEXT ENTRY!!!!