Wednesday, August 24, 2011

Nelson Rolihlahla Mandela

*aku amik@copy bnde ni kt internet

Negara beliau pernah menganjurkan kejohanan Rugby World Cup pada tahun 1995 dan terbaru turut menganjurkan FIFA World Cip 2010. Pernahkah anda melihat atau mendengar nama Nelson Mandela disurat khabar mahupun televisyen? Mungkin juga anda pernah kenal nama ini melalui filem-filem hollywood. Jika pernah, tahukah anda siapa Nelson Mandela? Tahukah anda apa yang menyebabkan lelaki ini harus dijadikan idola?

Nelson Rolihlahla Mandela yang dilahirkan pada 18 July 1918 merupakan mantan presiden Afrika Selatan dan daripada 1994 sehingga 1999 dan merupakan presiden pertama Afrika Selatan pada yang dipilih menerusi cara pilihan raya demokrasi.

Baru-baru ni member aku ada bagi satu cerita kat aku.

"Bai, lu cuba tengok cerita ni. Layan dowh.."Mr X bagi pendrive hitam dia kat aku.

"Cerita apa ni? Kau jangan bukan-bukan."

"Kau tengok jelah. Pasal world cup ragbi 1995"

Aku kalau benda-benda ragbi ni memang fanatik. Jadi aku pun layanlah..Layan punya layan, akhirnya aku faham kenapa dia bagi aku cerita tu. Ops lupa pulak. Ceritanya bertajuk Invictus (2009). Sebuah filem yang wajar diberi 5 bintang daripada jalan cerita yang cuba disampaikan.

Nelson Mandela telah dipenjarakan pada tahun 1962 kerana dituduh melakukan sabotaj dan lain-lain kesalahan dan beliau juga pada awalnya merupakan seorang yang mengamalkan dasar anti-apartheid kerana pada tahun 1948, Afrika Selatan mula mengamalkan dasar apartheid.

Dasar apertheid bermaksud dasar pengasingan mengikut kaum. Hal ini bermakna manusia dibezakan mengikut warna kulit.

Kalau nak diceritakan mengenai sejarah hidup Nelson Mandela memang panjang, tapi kalau berminat, anda boleh baca di sini. Apa yang aku cuba sampaikan ialah aku ingin ceritakan mengenai apa yang aku faham dan membuat aku tertarik dengan cerita Invictus.

Invictus bermula apabila Nelson mandela dibebaskan daripada penjara iaitu pada 1990. Ketika itu dasar apartheid masih menebal dan orang putih menganggap orang berkulit hitam wajar dijadikan sebagai hamba dan kuli mereka sahaja. Keluar saja daripada penjara, beliau telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya (seperti Malaysia) untuk menjadi presiden.

Apabila beliau menjadi presiden, maka semua 'mat saleh' mula berfikiran bahawa mereka akan kehilangan kerja. Tetapi apa yang menariknya, Mandela tidak berbuat sedemikian malahan memberi mereka peluang sama ada meneruskan kerja dengan sehabis baik untuk rakyat mereka ataupun berhenti kerja sekiranya mereka rasa mereka tidak mampu membantu rakyat mereka. Mandela tidak lagi membezakan warna kulit seperti presiden sebelumnya.

Dipendekkan cerita, perpecahan rakyat berada pada tahap yang membimbangkan sehingga setiap kali perlawanan ragbi diadakan, pasti orang kulit hitam akan menyokong negara luar dan ragbi dipulaukan oleh orang kulit hitam. Ini kerana pemain ragbi Afrika Selatan majoriti terdiri daripada orang kulit putih kecuali seorang dan dia sajalah yang diangkat oleh mereka yang sama warna.

Jadi, memandangkan perlawanan ragbi dunia akan diadakan pada tahun 1995 disitu, maka Mandela dengan sehabis baik menggunakan peluang yang ada itu untuk menyatukan rakyatnya. Beliau memberi sokongan 100% kepada pasukan ragbinya dan sedikit demi sedikit rakyat mula sayang dan bangga terhadap pasukan ragbi negara mereka kerana pasukan negara mereka langsung tidak dijadikan sebagai pasukan pilihan atau dalam erti kata lain 'underdog'.

Akhirnya pasukan mereka berjaya masuk ke peringkat akhir dan berjaya mengalahkan pasukan yang sudah ternyata dikenali ramai iaitu All Blacks. Apapun antara ayat amat bermakna diucapkan oleh Nelson mandela ialah..

i am master of my fate captain of my soul



No comments:

Post a Comment