Sunday, July 10, 2011

NTAH JADI KE TIDAK

Cinta jangan disangka gula

Kadang kelat masam mencuka

Sayang si dia jangan digila

Kelak esok bertukar duka

Pernah tak anda lihat pasangan bercinta bergaduh,bertengkar atau apa-apa yang berkaitan dengan selisih faham?Yup kalau dah kerap sangat bertengkar hampir tiap kali jumpa bertengkar itu petanda pasangan tersebut tidak serasi?betul ke ni?

Mungkin ya mungkin tidak tapi dari pemerhatian aku la kalau pertengkaran itu agak serius rasanya pasangan itu harus fikirkan sesuatu tentang hubungan mereka. Ye itu yang sepatutnya kerana jika tidak pastinya akan berlaku pertengkaran hingga ke jinjang pelamin.

Mungkin ada yang berfikir,biasa la orang berpacaran memang la selalu bertengkar,tapi kalau dah kerap sangat pasti ada yang tak kena kan?

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,pertengkaran juga begitu. Ada hikmah disebaliknya kerana ia akan memperlihatkan wajah sebenar pasangan yang selama ini anda puja.

Kehebatan seseorang itu bukan terletak pada kecantikan atau kekuatan tetapi terletak pada kehebatan mereka mengawal perasaan marah. Jadi lihatlah,pasangan yang cantik dan bahagia adalah pasangan yang bertoleransi dan cepat reda kemarahan mereka.

Toleransi inilah sebenarnya mewujudkan keserasian…

oklah rasanya kat sini je aku membebel hehe..jiwa aku dh rse gampang sgt ni

No comments:

Post a Comment