Sunday, July 10, 2011

KO INGAT KO BAGUS

Ramai dikalangan kita perasan bagus.Nak-nak yang tengah syok bercinta. Pantang ditegur pasti muncung je memanjang.Aik tak boleh nak tegur langsung ke?Kalau dh buat salah kena la tegur kan. Ini tidak kita,nak tegur pun tak boleh bak kata kumpulan jambu maharajalawak “Apa pun tak boleh”

Ok lah kepada yang perasan bagus dan tidak boleh ditegur,nasihat aku ubahlah perangai tu sebab bila perangai ni dibawa ke gerbang perkahwinan takut ianya akan menjadi sumber pertelingkahan. Selain itu sikap tertutup sehingga tidak boleh ditegur kesalahan akan menyebabkan kita tidak memperbaiki diri.

Teguran penting untuk menjadikan diri kita hebat. Ya teguran akan menyedarkan tentang kesilapan kita dan harus diperbetulkan. Kita yang menerima teguran harus bersikap rendah diri. Teguran diterima dengan nilai positif akan menjadikan kita lebih baik.

Moga nukilan hari ni akan membuka hati kita semua untuk menerima segala teguran yang diterima. Lapangkan dada dan ucaplah syukur kerana diberi peluang memperbetulkan diri.


No comments:

Post a Comment