Saturday, August 28, 2010

LOVE IS CINTA

CINTA tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,CINTA membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,tak pernah membalas dendam.Dimana ada CINTA disitu ada kehidupan manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar,dua mata untuk melihat,tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Ini kerana tuhan telah memberi sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA.............

CINTA sejati adalah ketika dia menCINTAi orang lain,dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata: aku turut bahagia untukmu....

Jika kita menCINTAi seseorang kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak menCINTAinya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan CINTA itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu cuba menutup matamu daripada orang yang kamu CINTAi,CINTA itu terus berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata CINTA pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata CINTA itu pada pusaranya.SEbaliknya ucapkan kata-kata CINTA yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayat.

CINTA datang kepada orang yang masih ada harapan walaupun mereka telah dikecewakan.Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka masih dikhianati.Kepada mereka yang masih ingin menCINTAi, walaupun mereka telah dikhianati sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan semula kepercayaan.

Sungguh menyakitkan menCINTAi seseorang yang tidak menCINTAi dirimu,tetapi lebih menyakitkan apabila menCINTAi seseorang dan kamu tidak pernah menyatakan perasaan CINTAmu kepadanya.

Seandainya kamu ingin menCINTAi atau memiliki hati seorang gadis,ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.Kadangkala kamu mencium harum mawar itu tetapi kadang-kadang bisa duri itu menusuk jari.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.Tetapi segagah-gagah dan perwiranya lelaki,sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.Alangkah misterinya CINTA seorang perempuan yang dianggap lemah sehingga mengalirkan airmata seorang wira!!! Aneh...tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang,99 disimpin disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menCINTAi mu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya.Ketika itu tiada lagi sesalan kerana perginya tanpa berpatah balik.

CINTAi lah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menCINTAinya setulus hati.

Kata-kata CINTA yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,manakala kata-kata CINTA yang lahir dari hati yang ikhlas mampu mengubati segala duka dihati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak tahu bila kamu akan jatuh CINTA,namun apabila sampainya saatnya itu,raihlah dengan kedua belah tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Satu-satunya cara untuk kita memperolehi kasih sayang adalah jangan menuntut agar kita diCINTAi,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

CINTA bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi CINTA adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menila kesuciannya.

BerCINTA memang mudah,untuk diCINTAi juga memang mudah.Tapi untuk diCINTAi oleh orang yang kita benar-benar CINTAi itulah memang sukar diperolehi.

"Aku menCINTAi mu",sukarkah untuk dilafazkan?????

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan berCINTA kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNYA juga kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.Pernahkah kau terfikir kebesaranNYA???

BerCINTA lah dengan pelajaran,berTUNANGlah dengan mengulangkaji,berKAHWINlah dengan peperiksaan,dan berBULAN MADU lah dengan kejayaan.

CINTA tidak mempunyai undang-undang.

CINTA pandang pertama adalah CINTA yang akan kekal abadi.

CINTA lebih tua daripada alam ini kerana alam ini diciptakan atas dasar CINTA.

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini adalah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa CINTAnya.........

No comments:

Post a Comment